SHAH ALAM – Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz menyatakan bahawa hanya tiga parti yang menyebut tentang peruntukan perlembagaan parti untuk memelihara institusi raja-raja sama ada secara tersurat atau tersirat yang lain.
“Daripada lapan parti politik utama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), hanya UMNO, BERSATU dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyebut peruntukan berkaitan dengan kedudukan Raja di dalam perlembagaan parti mereka.”
Perlembagaan ketiga-tiga parti jelas menyatakan akan sentiasa mempertahan, menjaga kedudukan raja berpelembagaan, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi raja berperlembagaan serta menghormati sistem raja berpelembagaan, kata Prof Shamrahayu.
Justeru, menyedari akan hakikat ini, Profesor Shamrahayu menasihatkan, sebelum menyertai parti politik, bacalah perlembagannya terlebih dahulu supaya dapat mengetahui asas perjuangan parti tersebut.
“Sekiranya kita mahu mengambil pendekatan perjuangan melalui parti-parti politik bagi institusi beraja ini, maka perhatikan dulu perlembagaan parti.”
Bukan itu sahaja, pucuk pimpinan parti atau kepimpinan dalam parti juga perlu sentiasa ada di tangan mereka satu naskhah perlembagaan bagi mengingatkan para pemimpin dan juga bagi mengingatkan diri sendiri bahawa setiap perjuangan itu hendaklah berdasarkan kepada perlembagaan parti.”
Profesor Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) berkongsi perkara tersebut di dalam satu webinar“Kepimpinan Melayu Dan Institusi Raja-Raja” yang berlangsung pada 9 Januari 2022. - samudera.my