Quantcast
Channel: TUNGKARAN HATI
Viewing all 2032 articles
Browse latest View live

Untungnya India, Bertuahnya Malaysia

$
0
0
Selain daripada mencuri Koh-i-Noor - permata biru yang terdapat pada mahkota maharani mereka - Inggeris juga mencuri perkataan jungle yang asalnya dari bahasa urdu.


India sebuah negara yang mempunyai kadar keluaran dalam negara kasar paling tinggi di dunia satu masa dulu dan kini tinggal jadi sebuah wilayah yang huru-hara dalam semua hal.

Politiknya adalah jahat apabila sentimen bangsa dan agama dimainkan ke tahap maksimum. Rakyat dijadikan buah catur yang diadu sesama mereka.

Korupsi dalam kerajaan adalah rahsia yang diketahui ramai dan rakyat tidak boleh berbuat apa -apa.

Sistem kasta yang masih berleluasa menjamin kemunduran banyak marhein.

Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin membanting tulang siang dan malam hingga mati, dan berharap nasib akan lebih baik dalam kelahiran yang satu lagi.

Inggeris mungkin bersalah mencuri banyak harta negara ini namun kesalahan terbesar semestinya diletakkan di atas kepala para politikus selepas Inggeris.

Tak ada sesiapa peduli
Mungkin ada satu atau dua politikus yang benar-benar mahukan negara ini maju, namun sebahagian besar daripada politikus yang ada lebih gemar mengumpul harta untuk diri sendiri dan keluarga serta musibat yang hampir.

Undang-undang jalan raya di India hanyalah suatu jenaka. Lampu isyarat adalah hiasan yang tidak diperlukan.

Langsung tidak ada siapa pun mengormati undang-undang jalan raya. Kamu bebas berbuat apa sahaja. Mahu jalan terus atau melawan arus di jalan sehala - silakan.

Mahu berhenti tiba-tiba dan/atau membelok sesukahati - buat saja kerana tiada siapa peduli.

Jika belaku kemalangan, berkelahi saja dan semua akan selesai.

Di jalan raya yang dipenuhi manusia, lembu, kambing, anjing, babi, kereta keldai, kereta unta, lori, bas, kereta, traktor dan segala macam kenderaan lain, siapa yang punya hon paling kuat ialah raja.

Kebersihan adalah impian. Segala macam kotoran berselerak merata-rata. Mahu buang sampah, buang saja di mana suka.

Masjid, kuil berjiran
Mahu buang air, cari saja mana-mana dinding dan mulakan. Nombor satu atau nombor dua.

Bukan tidak ada pekerja bandaran yang berusaha namum apabila semua orang adalah tukang kotor - termasuk pekerja bandaran yang ditugaskan untuk membersih - maka bersih adalah kerja sia-sia (pun intended).

Yang baiknya (jika boleh dikatakan baik) ialah apabila kuil memainkan musik sepanjang hari 24 jam tanpa henti dengan amat kuat tanpa ada bantah dari penduduk beragama Islam.

Begitu juga azan masih bebas berkumandang juga tanpa ada apa-apa rusuhan dan sakit hati daripada mereka yang belum beriman.

Masjid dan kuil biasanya jika tidak bersebelahan, adalah berdekatan.

Dalam soal makan pula, memang menjadi kehairanan mereka apabila kita bertanya sama ada makanan yang dijual itu adalah halal atau tidak, kerana mereka - yakni rakyat tempatan - melanggani semua kedai tanpa syak.

Walau bagaimanapun, makanan dan minuman yang dikongsi itu biasanya daripada jenis biskut dan kek serta chai, iaitu teh panas campur susu kerbau yang lazat.

Mungkin - diulangi: mungkin - kerana mereka sangat menjaga ketulenan makanan yang dinyatakan sebagai vegetarian.

Sebarang kecuaian dalam menyediakan makanan di luar daripada apa yang dilebelkan adalah dosa besar.

Sedikit ke depan
Andai kata kita dapat memastikan semua makanan yang dilabelkan halal di negara kita memang adalah benar-benar halal, pasti kita semua akan hidup lebih aman.

Masalah utama orang Islam di India ialah tidak taatnya mereka melakukan sembahyang lima waktu. (Sebenarnya, ini adalah masalah utama semua umat Islam di seluruh dunia. Keyakinan yang sembahyang boleh menyelesaikan apa juga masalah kini tidak lagi dipandang sebagai benar.)

Di sinilah malangnya mereka. Sebahagian besar mereka tidak bersembahyang. Yang miskin, kerana sibuk mencari wang, sedang yang kaya berasakan sembahyang cuma membuang masa dan tidak menyumbangkan apa-apa kepada kekayaan mereka.

Namun begitu, semua masjid di India melakukan kerja mengajak orang Islam kembali kepada ajaran agama dengan giat.

Setiap hari setelah Isyak, mereka akan bermesyuarat ringkas sekitar 20 hingga 30 minit bagi membincangkan hal-hal dalam kawasan mereka.

Tentang siapa yang tidak bersembahyang dan siapa yang perlu diziarahi, misalnya.

Apabila difikir, kita pun menuju jalan sama. Selepas Inggeris mencuri hasil negara, kita ditinggalkan oleh politikus yang nampak seperti benar-benar mahukan negara kita maju.

Dalam sedikit hal, mereka berjaya dan kita telah lebih sedikit ke depan berbanding India dal hal-hal yang minor.

Namun, mereka yang selepas itu adalah tidak kurang lebih daripada politikus India. Mencuri kekayaan negara untuk diri, keluarga dan rakan seusaha.

Pengguna jalan raya kita juga sedang menuju ketidak-displin-an rakyat India.

Melanggar lampu isyarat sesuka hati dan bergaduh apabila berlaku kemalangan. Malah kita lebih sedikit apabila ada yang meninggal dunia akibat pergaduhan jalan raya.

Kumpulan konvoi motosikal pula berasakan bahawa apabila mereka di jalan raya, penguna lain patut memberi laluan kepada mereka tanpa perlu peduli keselamatan orang lain.

Mungkin dari segi kebersihan kita masih lagi menghargai keindahan. Maka negara kita tidak sekotor bandar-bandar di India. Kita juga masih ada malu untuk kencing dan berak merata.

Rakyat negara kita saban hari dilaga-lagakan supaya pemegang tampuk politik kekal disokong majoriti.

Kita sebagai penyokong yang dungu ini pun bergaduh mempertahankan ketua-ketua partai yang kononnya berjuang untul kepentingan kita.

Politik adalah jahat. Diulangi: politik adalah jahat dan kita adalah bajingan yang tolol apabila asyik menyokong tanpa peduli betul benar, salah serta bohong politikus yang kita kagumi.

India dalam perjalanan untuk menjadi kuasa besar dunia sekali lagi jika dilihat pada potensinya hari ini, namun sementara menunggu itu berlaku, ia adalah negara malang yang hidup dalam kegemilangan masa lampau.


Menunggu Penderhakaan UMNO....

$
0
0
Penderhakaan kepada rakyat jika UEC diiktiraf
MUKKADIMAH - SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang menjadi salah satu isu hangat dan desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar ianya diiktiraf dalam sistem pendidikan telah mengundang reaksi pelbagai pihak. Malah, isu itu sering mendapat perhatian pemimpin daripada pelbagai latar belakang sama ada mempertahankan atau menentang sistem yang mengambil sukatan pelajaran Taiwan ini. Terbaru, isu UEC telah dibangkitkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam Persidangan Agung Tahunan Kelapan baru-baru ini dalam usaha menjaga hak dan objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan. Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong menjelaskan lebih lanjut kesan UEC dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sejauh manakah Prof melihat sistem UEC?
-Apa yang saya perhatikan UEC memberi kesan terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana calon-calon­nya akan merampas peluang pelajar lain yang mengikuti sistem pendidikan sedia ada, khususnya pelajar berketurunan Cina.

Ini kerana sistem kuota masih terpakai dalam kes-kes tertentu walaupun meritokrasi merupakan amalan stan­dard dalam pengambilan pelajar. Ia perlu diguna pakai untuk mengelak sesuatu kursus itu dipenuhi satu kaum sahaja akibat meritokrasi bebas.

Secara umumnya calon UEC juga akan menjejaskan peluang pelajar Cina yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada saya, biarlah UEC terus kekal di atas paksi sedia ada tanpa wujud dalam Dasar Pendi­dikan Kebangsaan.

UEC diasaskan berdasarkan sistem pendidikan di Taiwan. Sehubungan itu,adakah UEC juga boleh memberi kesan kepada Bahasa Melayu dan dilihat sebagai menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan?
-Apa-apa jenis persekolahan yang tidak berada dalam sistem pendidikan negara perlu dianggap sebagai tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang antaranya mengangkat Bahasa Melayu bahasa pengantar utama.

Dalam hal ini, UEC dikendalikan dalam bahasa lain dan tidak mengikuti silibus Kementerian Pendidikan.

Ini jelas berada di luar sistem pendidikan negara. Sebenarnya semua sekolah mene­ngah atau sekolah tinggi persendirian Cina di negara ini telah diberi peluang untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan sewaktu kita mencapai kemerdekaan. Dalam hal ini, ada yang menyertainya dan ada yang tidak menyertainya de­ngan menjadi sekolah persendirian Cina yang menawarkan UEC.

Adakah permintaan Dong Zong yang mahu kerajaan mengiktiraf UEC boleh dikatakan sebagai rasis dan menolak sistem perpa­duan serta menentang Gagasan 1Malaysia?
-Ia tidak boleh dikatakan rasis. Cuma persoalannya kini ialah mengapa sekolah persendirian Cina mahu berada dalam sistem pendidikan di peringkat atas ia­itu hanya peringkat pendidikan tinggi? Ini jelas memperlihatkan sikap rakus dan mahu untung dalam semua hal.

Jika dilihat kembali pendidikan aliran Cina sebenar­nya te­lah bermula di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) seterus­nya ke sekolah tinggi persendirian Cina di peringkat menengah.

Ia dibuat supaya pelajar dapat terus belajar dalam bahasa berkenaan walaupun mahu ke universiti awam (UA) melanjutkan pendidikan tinggi. Inilah yang dikatakan rakus dan mahu meraih keuntu­ngan pada semua peringkat dan setiap masa.

Apakah kesannya jika UEC diiktiraf dalam sistem pendidikan negara?
-Pertama sekali pada saya ia sa­ngat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini.

Keduanya, pengiktirafan UEC akan mewujudkan contoh terdahulu seperti peperiksaan lain G.C.E A Level yang telah me­nerima desakan serupa. Maka kemungkinan akan ada lagi desakan lain demi kepentingan pihak tertentu.

Di samping itu, jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ia boleh di ibarat seperti ‘menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan’. Ini tidak adil kepada mereka yang bergelumang dengan sistem yang telah dicemuh banyak pihak sebelum ini. Dalam erti kata lain, jika UEC diiktiraf ia umpama satu bentuk penderhakaan kepada rakyat.

Apakah harapan Prof. dalam memajukan Dasar Pendidikan Kebangsaan?
-Sesungguhnya, sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai cacat celanya. Malah ia telah ditambah baik, sama ada untuk pendidikan rendah, menengah dan pendidikan tinggi. Kita harus percaya dan yakin kepada sistem pendidikan kebangsaan yang kita bangunkan sendiri dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama harus menerima keyakinan daripada rakyat dengan kemampuannya dalam memajukan negara.

Saya berharap Bahasa Melayu akan terus menjadi bahasa ilmu, manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa tidak kurang penting sebagai jambatan ilmu. Inilah sebaik-baik perimbangan untuk terus melindungi martabat bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita.

Sumber : http://www.utusan.com.my

Islamofobia

$
0
0
ISLAM dibenci, dimusuhi dan dijadikan sasaran semua tuduhan buruk dan negatif dengan label pengganas, pelampau, jakun, mundur dan sebagainya. Dihalang berpolitik kalau tujuannya melaksanakan syariat. Dihalang kalau berjaya dan maju dalam lapangan apa sahaja. Dinar tidak layak menggantikan Dolar atau Euro.

Kalau Islam mampu membangunkan teknologi nuklear walaupun tujuannya damai seperti perubatan dan tenaga eletrik, meskipun ditegaskan dalam hukum Islam bahawa haram bersikap melampau dalam peperangan dan berdosa kalau melampau biarpun terhadap musuh bukan Islam, apatah lagi yang tidak menceroboh, namun kalau jenamanya Islam tetap dicop sebagai melampau juga.

Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya.

Semua negara bukan Islam, khususnya negara haram Israel dibolehkan memiliki apa sahaja senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar. Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-lain. Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi.

Halal bagi Presiden Bush menyebut Perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan.

Semua yang ada bayangan Islam atau asal usulnya Islam, apa lagi yang mengisytiharkan Islamnya, semuanya disenaraihitamkan dalam satu bakul sampah yang wajib dibakar hangus. Bukan sahaja Saddam Husain dan Qazzafi yang diumumkan zalim dalam senarainya, termasuk mana-mana dan sesiapa yang berjenama Islam semuanya dilabel ganas, tanpa mengira Mazhab Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi, Khalafi dan sebagainya.

Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan diganyangnya Iraq, tetapi tidak Korea Utara, walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam USA. Barang kali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam.

Mereka juga membaling batu sembunyi tangan, kerana terdedahnya penglibatan mereka dalam kemunculan Taliban, ISIS, pembekalan senjata termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi halal bagi mereka. Kalau terdedah, beritanya diletakkan di bawah karpet yang nipis kelihatan, mereka sengaja memejamkan mata dan mahu menutup mata orang lain.

Islamofobia bukan sahaja diwabakkan terhadap negara seperti Iran yang mencabarnya dengan nama Republik Islam Iran dan kemajuan teknologinya yang mencabar secara terangan, termasuk Arab Saudi sahabatnya yang akrab, walaupun benderanya mengucap Dua Kalimah Syahadah diminta supaya nyatakan sekular dan liberalnya, tidak cukup dijadikan lembu susuan yang hanya diberikan rumput kering, disuruh berlaga dengan Iran, jangan menanduk Israel. Bahkan Israel dimartabatkan laksana polis yang dibiayai oleh mafia, menjaga keselamatan di rantau itu dan boleh bertindak apa-apa sahaja.

Adapun mereka yang mempertahankan Islam dan tanah sucinya dan gagah berani menentang keganasan negara haram itu, seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah pula disenaraikan sebagai pengganas.

Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Termasuk juga individu bernama Islam, walaupun menang hujahnya, bukannya dengan senjata, seperti Dr. Zakir Naik yang dikira pengganas kerana hujahnya tidak boleh dilawan. Mereka bertindak seperti Raja Babilon bernama Namrud yang kalah berhujah dengan Nabi Ibrahim A.S, lalu Nabi yang mulia ini dikira salah dan dihukum bakar ke dalam api yang besar.

Demokrasi, kebebasan, hak asasi bukan untuk umat Islam, kerana dianggap spesis makhluk bukan manusia yang layak berhak menerimanya. Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan tindakannya kalau didesak atau divetokan segala keputusan yang berpihak kepada Islam.

Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan eletrik kepada orang yang dihukum, kesalahannya boleh dibuktikan oleh saksi yang mabuk arak dan kaki maksiat yang tidak dijamin benarnya kerana tidak ada maruah.

Adapun hukum Islam yang bernama Qisas, Hudud dan Takzir, walaupun disabitkan dengan saksi yang adil dan bermaruah tinggi atau pengakuan secara rela hati, cara menjatuhkan hukumannya paling beradab sopan dengan syarat-syarat yang ketat, namun dikira hukum yang zalim dan kejam.

Mereka mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam, walaupun tidak disekat penganut agama lain yang melakukannya, kerana mereka mahukan orang Muslim menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan kita, agama sahaja kepunyaan Allah.

Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Adapun yang bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu, sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.

Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam ketenteraman masyarakat. Adapun yang melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan dan penambah hasil negara.

Mereka mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran yang dianggap jelik. Jenama yang mereka mahu ialah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak, yang dikira sealiran dengan zaman kini, walaupun kembali ke zaman jakun dan sudah nyata parah tanda kemusnahannya.

Demikianlah hukuman dan anggapannya terhadap Islam. Media massa yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa semua manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar, lalu membaca dan mengkaji Islam. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal. Percayalah! Makin banyak Islam dikelirukan, makin nyata lagi bersuluh kebenarannya.

Sepatutnya mereka mendengar firman Allah:
۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ ٤٦ سبأ.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)

Akhirnya ketahuilah bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memadamkan cahaya matahari dan bulan ciptaan Allah, begitulah juga tidak boleh memadamkan cahaya Islam, kerana juga daripada Allah:
يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8)

“Sejahtera Bersama Islam”

Oleh:Abdul Hadi Awang

Presiden Chechnya Perintahkan Sholat Berjamaah

$
0
0
Presiden Chechnya Perintahkan Polis Dan Tentera Sholat Subuh Berjamaah Di Masjid
Presiden Republik Chechnya Ramzan Akhmadovich Kadyrov mempunyai dasar yang banyak mendapatkan penghargaan dari masyarakat Muslim dunia. Antaranya, iaitu mewajibkan bagi polis dan tentera untuk solat Subuh dan Isyak berjamaah di masjid.

Ramzan Akhmadovich Kadyrov memang dikenali sebagai presiden yang mempunyai akar ideologi Islam yang kuat. Lahir di Tsentoroi, Chechen-Ingush ASSR, Chechnya, 5 Oktober 1976, jadi usianya saat ini baru 39 tahun. Meski memimpin Chechnya belum sampai 10 tahun, Ramzan Akhmadovich Kadyrov telah banyak memperlihatkan karya pemerintahan yang menakjubkan.

Dibawah kepemimpinanya Chechnya merupakan negara dengan tahap pembangunan yang membuat takjub dunia. Negara yang sebelum ini hancur porak-poranda kerana perang kini bertukar menjadi negeri yang indah dan bersih.

Ayah Ramzan bernama Akhmad Kadyrov yang merupakan seorang Ulama sekaligus Mufti Pejuang Chechnya pada masa perang dan dilantik menjadi Presiden Republik Chechnya yang pertama, dua masa jabatan sebelum beliau.

Keluarga Kadyrov adalah keluarga yang disegani oleh masyarakat Chechnya dan kerajaan Rusia. Jadi jangan hairan bila anda ke Cehchnya akan melihat pemandangan yang sangat luar biasa, iaitu para polis dan tentera berbondong-bondong menuju masjid ketika azan berkumandang. [Islamedia]

Ciri Anda Sudah Jadi Belahan Jiwa Pasangan

$
0
0
SAAT menjalani sebuah perhubungan, ramai dari anda yang mengatakan telah menemui belahan jiwa. Padahal, belum tentu pendapat tersebut benar.

Ya, pasangan yang ada sekarang memang belum tentu menjadi soulmate atau belahan jiwa anda. Sebab, ada beberapa hal yang perlu dimiliki seseorang untuk menjadi belahan jiwa yang benar bagi pasangannya.

Lalu, bagaimana mengetahui bahawa dia benar-benar belahan jiwa atau soulmate anda? Ini adalah ciri-ciri yang menandakan hal yang tersebut....




- Seseorang boleh dikatakan sebagai belahan jiwa saat dia selalu ada ketika masa sukar dalam kehidupannya. Pasti akan membantunya keluar dari situasi tersebut.

- Dia akan menghubungi atau menghantar mesej saat anda merindukannya.

- Dia akan tahu apa yang anda fikirkan, meskipun ada di tempat yang berbeza.

- Saling mengerti suasana hati masing-masing.

- Dia tidak perlu penjelasan mendalam tentang anda, sebab seorang soulmate mampu memiliki rasa pengertian yang tinggi.

- Boleh saling menyokong satu sama lain apabila ada halangan menghalang hubungan anda berdua.

Jadi, sudahkah anda mempunyai beberapa hal tersebut?

Anonymous

Sumpah Bohong dan Hipokrasi Orang Islam

$
0
0
Kalau ada angka tunjuk kemunafikan (hypocrisy index), Malaysia tentu mendapat kedudukan yang tinggi. Walaupun Islam mencegah hipokrasi, orang Malaysia - termasuk yang mengaku beragama Islam - terkenal dengan amalan cakap lain buat lain.

Sebab itulah dalam indeks keislaman (Islamicity index), Malaysia dan negara-negara Islam lain mendapat markah rendah.

Indeks ini mengukur amalan ciri-ciri Islam dalam pelbagai aspek kehidupan harian. Ia diilhamkan oleh dua orang cendekiawan Islam Amerika, Hossein Askari dan Hossein Mohammadkhan.

Bagi indeks terbaru iaitu tahun 2016, Malaysia menduduki tempat ke-41, naik dari anak tangga ke-43 tahun sebelumnya. Semua negara yang mendahului kita adalah negara bukan Islam. Negara nombor satu tahun 2016 adalah New Zealand dan 2015 Belanda.

Bagi kedua-dua tahun itu Indeks Keislaman Singapura lebih tinggi. Mereka berada di tangga ke-22 pada tahun lalu, dan 17 pada 2015. Antara ciri yang diambil kira ialah kekuatan ekonomi, keadilan sosial, keselamatan dan bebas rasuah.

Wajib ambil tindakan
Nampaknya orang kafir lebih peduli kepada apa yang betul dan apa yang salah. Mereka sanggup mengambil risiko untuk menegakkan kebenaran.

Contoh klasik ialah penyiasatan dan tindakan undang-undang bersabit skandal penipuan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd oleh negara-negara bukan Islam.

Semua pihak yang hari ini sudah bertindak ke atasnya adalah negara-negara bukan Islam seperti Singapura, AS dan Switzerland. Indek Keislaman AS tahun lalu nombor 17 dan Switzerland 5.

Sebab itulah jika pembangkang ditakdirkan menang dalam pilihan raya umum (PRU) tahun hadapan, mereka wajib mengambil tindakan paling tegas dan keras terhadap orang-orang yang terlibat berbohong bagi melindungi skandal ini.

Selain kepala-kepala politik BN, tindakan wajib diambil ke atas pegawai-pegawai utama seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Audit Negara.

Setidak-tidaknya pun mereka wajib disiasat bersabit peranan mereka menyembunyikan atau memanipulasi kebenaran. Dalam konteks ini, mungkin Ketua Audit Negara yang bersara, (Tan Sri Ambrin Buang) telah menjalankan tugas dengan telus.

Temui sesuatu yang buruk
Saya katakan begitu kerana laporan penyiasatan beliau ke atas 1MDB yang diserahkan kepada parlimen telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Maksudnya ada perkara buruk yang hendak disembunyikan oleh kerajaan daripada rakyat jelata sehingga anggota parlimen pun tidak dibenar membincangkannya.

Sesiapa yang mendedahkannya akan dihukum.

Bagi SPRM pula, sesetengah pegawainya yang terdahulu dipindahkan secara tergesa-gesa atau ditekan agar bersara awal. Ini bermakna mereka telah menemui sesuatu yang buruk mengenai 1MDB dan SRC.

Kemudian pembunuhan amat kejam ke atas pendakwa raya kanan, Datuk Anthony Kevin Morais, pada September 2015.

Morais disebut sebagai pakar dalam bidang pendakwaan rasuah dan dikatakan dalam proses merangka draf pertuduhan yang membabitkan penyelewengan RM42 juta duit SRC.

Enam orang yang terdiri daripada Kol Dr R Kunaseegaran, 54; R Dinishwaran, 25; A K Thinesh Kumar, 24; M Vishwanath, 27; S Nimalan, 24; and S Ravi Chandaran, 46 – telah dituduh melakukan pembunuhan itu. Mereka telah pun diperintah supaya membela diri.

Peranan Peguam Negara
Dalam apa juga usaha dan tindakan mengungkai skandal 1MDB dan SRC ini, peranan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali adalah kemuncak (pivotal).

Beliaulah yang “membebaskan” Perdana Menteri Najib Razak daripada segala tuduhan berkaitan skandal penipuan 1MDB dan SRC.

Semasa berbuat demikian, Apandi bertindak sebagai pendakwa raya, peguam bela dan hakim bagi menyelamatkan Najib.

Kita tentu masih ingat bagaimana Najib tergesa-gesa melantik pengganti Tan Sri Abdul Gani Patail yang tempoh perkhidmatannya ditamatkan lebih awal atas alasan dia sakit.

Alhamdulillah, Allah Taala memperlihatkan pembohongan mereka. Abdul Gani bukan sahaja tidak sakit malah cukup sihat untuk membuka firma guamannya sendiri selepas dipecat.

Berbalik kepada Apandi. Genap enam bulan dilantik Peguam Negara dia mengadakan sidang akhbar membebaskan Najib daripada segala kesalahan berkaitan duit RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, dan RM42 juta duit SRC yang diselewengkan.

Inisiatif KARI Amerika
Tidak dapat tidak, kita terpaksa menamakan Apandi sebagai saksi utama dalam sebarang penyiasatan boda fide mengenai kegagalan mengambil tindakan ke atas penyelewengan 1MDB dan SRC.

Bukan sahaja dia menutup kes-kes di Malaysia malah dia juga enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa luar, khususnya Pejabat Peguam Negara Switzerland, yang sedang menyiasat pengubahan duit haram (money laundering) yang berpunca daripada 1MDB.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, dilaporkan berkata pejabatnya meminta bantuan MLA (Mutual Legal Assistance) telah dua kali daripada Malaysia tetapi ditolak atas alasan kerjasama tidak boleh diberikan di bawah rangka kerjasama MLA.

Di sinilah terletak ironi atau keanehannya. Negara kafir peduli terhadap penipuan 1MDB dan mahu membantu mendapatkan balik duit curi itu supaya boleh diserahkan semula kepada rakyat jelata Malaysia.

Singapura telah membekukan duit curi itu dan menghukum - termasuk penjara - pegawai-pegawai bank yang terlibat dengan pengalihan duit haram tersebut.

AS sedang menggunakan KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) iaitu inisiatif mendapatkan balik harta negara yang digelapkan oleh kerajaan pencuri.

Pada 5 Disember, Peguam Negara AS yang baru, Jeff Sessions (gambar), berkata separuh daripada AS$3.5 bilion (kira-kira RM15 bilion) aset curi yang dirampas oleh pihak berkusa Amerika adalah harta yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau memberitahu satu persidangan antarabangsa mengenai harta curi bahawa pencurian wang 1MDB adalah kes kleptokrasi (kerajaan pencuri) terburuk di dunia.

Pendek kata, kalau Apandi ada hati kecil (conscience) dia wajar bertanya kepada hati kecilnya adakah apa yang dia telah dan sedang lakukan itu benar dan betul.

Kerana sifat munafik
Kalau seorang penyiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS sanggup bersumpah mengenai 1MDB dan menghadapi risiko dihukum penjara lima tahun sekiranya berbohong, adakah Apandi boleh dibiarkan dengan penafiannya?

Agen FBI yang menyiasat harta dibeli dengan duit curi 1MDB itu boleh dihukum penjara lima tahun di bawah undang-undang sumpah bohong (perjury) kalau maklumat yang diberikannya tidak tepat.

Nampaknya sebuah negara bukan Islam lebih serius dalam usaha membantu kita mendapatkan balik harta negara yang dicuri oleh para pembesar kita sendiri.

Tetapi di Malaysia ada lagi manusia yang mempertahankan jenayah global itu dan marah apabila gelaran “lanun Bugis” digunakan.

Apakah orang ini tidak berasa malu dan berasa bersalah mengaku Islam, menadah tangan ke langit berdoa dan mengelilingi diri mereka dengan tuan guru, tok haji dan tok lebai tetapi melakukan jenayah besar yang satu dunia sudah tahu?

Boleh jadi kerana sifat munafik ramai para pembesar kita dan sikap tidak ambil peduli sebahagian rakyat jelata inilah maka hari ini Malaysia dipersendakan dan dijadikan hamba oleh negara-negara yang berkepentingan.

Wallahua'lam.

Oleh :Datuk A Kadir Jasin

Lelaki Sering Ejakulasi Lebih Panjang Usia

$
0
0
LELAKI akan suka melakukan hubungan seks apatah lagi mencapai klimaks. Di sebaliknya, ada manfaat yang anda belum tahu.

Kerana puncak klimaks alias orgasme tak hanya membuatkan anda berehat. Ada beberapa manfaat yang boleh dirasakan, seperti halnya boleh tidur nyenyak usai berhubungan seks.

Melegakan tekanan
Lelaki tidak bermakna dibebaskan dari tekanan apabila kerja terhenti. Apabila orgasme berjaya, terdapat hormon cinta yang dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, jangan terlepas ejakulasi pada akhir bercinta. Kerana manfaat lain juga menanti anda.

Tidur dengan baik
Jangan terkejut jika selepas ejakulasi, lelaki sebenarnya tidur nyenyak. Wanita juga tidak marah mengenainya. Apabila hormon ejakulasi yang mencetuskan otak lebih tenang. Oleh itu, kesannya menjadikan anda lebih tenang dan bebas kebimbangan.

Mencegah kanser prostat

Lelaki akan gembira apabila dia bebas dari ancaman kanser prostat. Apabila ejakulasi, selalu ada sperma yang baru terbentuk dan sangat menguntungkan. Walaupun berdasarkan kajian ini, lelaki yang mampu mengobati 22 kali sebulan, 33% mengurangkan risiko kanser maut.
Pengeluaran testosteron meningkat
Ada kalanya ejakulasi lelaki juga boleh meningkatkan pengeluaran testosteron. Fungsinya adalah tidak lain untuk membangkitkan ghairah atau berahi semasa bercinta. Ini adalah wajib, kerana testosteron juga memainkan peranan penting bagi kehidupan lelaki.

Panjang Usia
Bukan sahaja wanita yang mempunyai peluang untuk usia panjang, lelaki juga boleh mendapatkannya. Caranya ialah ejakulasi seks aka seks. Jangan terlepas masa ini menyeronokkan, Terdapat banyak kajian saintifik, lelaki yang sering orgasme hidupnya lebih bahagia dan akhirnya menjadikannya panjang usia.

Mencegah tekanan darah tinggi
Jangan meremehkan faedah ejakulasi yang dialami lelaki. Kerana ia boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Ini juga akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung yang terdedah kepada mereka.

Bebas sakit
Lelaki juga boleh merasakan kesakitan ketika mengetuk atau mengalami sesuatu yang lain. Lebih-lebih lagi, masalahnya adalah kecederaan semasa sukan. Tetapi dengan ejakulasi, sama ada dengan perhubungan cinta atau onani, boleh mengurangkan rasa sakit yang tidak selesa.

Anonymous

Kejayaan HDB Singapura Mengkagumkan...

$
0
0
Kecewa kerajaan tak tiru lembaga perumahan di Singapura
 Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Alex Ting menyatakan kekesalan terhadap kerajaan yang tidak meniru kejayaan model Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB) di negara jiran.

"Kejayaan HDB tidak dilaksanakan di Malaysia.

"Ramai orang dalam industri ini sangat kecewa, dan orang ramai sepatutnya lebih kecewa," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya bersempena Laporan Sentimen Pasaran Hartanah MIEA 2018 yang dikeluarkan hari ini.

HDB adalah pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab menyediakan perumahan awam yang berpatutan kepada rakyat Singapura.

Pada awalnya ia bertujuan untuk menyediakan rumah pangsapuri kos rendah dan menyelesaikan masalah setinggan di negara itu, namun agensi itu mula berkembang sebagai penyedia perumahan untuk pelbagai golongan pendapatan.

Selain pangsapuri disewakan kepada mereka yang tidak mampu membeli rumah, pihak berkuasa Singapura juga memastikan komposisi kaum bagi setiap projek sesuai dengan komposisi nasional bagi mengelakkan pengasingan kaum.

Ting berkata polisi perumahan di Malaysia memerlukan perubahan.

"Saya sangat simpati kepada golongan muda yang tidak mampu membeli rumah dengan harga RM300,000. Jika kita lihat gaji mereka untuk membayar rumah berharga RM300,000, pinjaman 30 tahun adalah kira-kira RM1,500 sebulan.

"Anda perlu memperoleh kira-kira RM5,000 sebulan, dan saya fikir ramai anak muda tidak mendapat pendapatan seperti itu," katanya.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan pelbagai inisiatif perumahan mampu milik, tetapi ia tidak dilaksanakan secara berpusat apabila ia diletakkan di bawah beberapa kementerian persekutuan dan kerajaan negeri.

Salah satu program yang dilaksanakan secara meluas adalah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang disasarkan kepada kelas pertengahan.

Bagaimanapun, Ting percaya PR1MA tidak menggunakan pendekatan yang betul.

"Saya perasan beberapa projek dilaksanakan di tempat yang salah, dan harganya bagi saya bukan betul-betul murah," katanya.

Rumah PR1MA adalah di antara RM250,000 hingga RM400,000 seunit. Ting menambah bagi Sarawak, julat kemampuan di negeri itu adalah sekitar RM200,000.

Sumber: malaysiakini

Sesumpah Jadi Pengintip

$
0
0

Bekas Pemimpin Tentera Iran Dakwa Barat Guna Sesumpah Jadi Pengintip
BEKAS pemimpin tentera Iran mendakwa bahawa negara barat menggunakan mengkarung untuk menarik gelombang atom sebagai sebahagian daripada teknik pengintipan mereka dalam program nuklear Iran.

Hassan Firuzabadi, penasihat ketenteraan terkemuka kepada pemimpin Ayatollah Ali Khamenei, menjawab pertanyaan daripada wartawan tempatan mengenai penangkapan ahli alam sekitar yang dibuat baru-baru ini.

Beliau berkata, negara-negara Barat sering menggunakan pelancong, saintis dan ahli alam sekitar untuk mengintip Iran.

"Beberapa tahun lalu, terdapat individu yang datang ke Iran untuk mengumpul dana bantuan buat Palestin, kami berasa curiga terhadap laluan yang digunakan mereka.

"Mereka membawa pelbagai spesies reptilia gurun seperti mengkarung dan sesumpah... kami mendapati kulit haiwan itu menarik gelombang atom dan mereka itu pula adalah pengintip nuklear yang ingin mengetahui di mana lokasi lombong uranium dan kegiatan atom dilaksanakan dalam Iran," katanya kepada agensi berita reformis ILNA yang dipetik oleh Times of Israel.

Firuzabadi mendakwa bahawa pasukan mata-mata itu gagal setiap kali cuba melakukan pengintipan di negara itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan oleh ahli alam sekitar Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami yang telah membunuh diri di penjara selepas ditahan bersama ahli-ahli kumpulan hidupan liar yang lain pada bulan lepas.

Beberapa tuduhan mengintip yang melibatkan hidupan liar telah dibuat terhadap Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari 2016, orang awam dari Lubnan menangkap burung helang griffon yang dipakaikan alat penjejakan Israel, tetapi melepaskannya apabila mereka menyedari alat itu digunakan untuk penyelidikan saintifik dan bukannya untuk pengintipan

Beberapa bulan sebelum itu, Hamas mendakwa telah menangkap ikan lumba-lumba yang memakai peralatan mengintip Israel.

Media Turki juga melaporkan mengenai dakwaan burung yang dipakaikan dengan peranti pengesan dari universiti Israel digunakan untuk mengintip.

Pada 2012 pula, helang dengan 'tag' Israel ditangkap di Sudan dan didakwa digunakan untuk misi agensi perisik Mossad.

Dua tahun sebelum itu, seorang pegawai Mesir pula mendakwa jerung yang dikawal oleh Israel mungkin terlibat dalam beberapa serangan terhadap pelancong di Laut Merah. 


- NY Post

Bank Negara: Rumah di Malaysia masih tak mampu dibeli

$
0
0
Malaysia menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan ramai, dengan Bank Negara Malaysia menerusi laporan yang lengkap dengan data menunjukkan rumah di negara ini ‘tidak mampu dibeli’ pada 2016 oleh standard antarabangsa.

Untuk mengatasinya, bank pusat itu menggariskan lima strategi, termasuk memusatkan inisiatif perumahan mampu milik, menubuhkan pangkalan data perumahan bersepadu dan pendaftaran pemohon untuk merancang dan memperuntukkan rumah mampu milik.

Bank Negara juga mencadangkan halangan kos kepada perumahan mampu milik dikurangkan, memulihkan lembaran imbangan isi rumah dengan meningkatkan celik kewangan selain meningkatkan pasaran sewaan dengan mengukuhkan rangka kerja perundangan.

"Isu kemampuan untuk membeli rumah sebahagian besarnya disebabkan oleh penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan," kata Bank Negara.

Bank Negara menganggarkan harga rumah mampu milik di negara ini ialah pada maksimum RM282,000 berdasarkan pendekatan beban kos perumahan.

"Bagaimanapun, median harga rumah sebenar ialah RM313,000 (pada 2016), jauh melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah, dengan pendapatan median isi rumah kebangsaan hanya RM5,228," katanya dalam buletin suku tahunannya yang dikeluarkan hari ini.

Bank pusat itu menegaskan bahawa kekurangan bekalan rumah mampu milik terus menjadi masalah.

Ia menggariskan tiga faktor yang menyumbang kepada perumahan tidak mampu dimiliki di Malaysia iaitu bilangan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, pelancaran baru yang jauh melepasi tahap kemampuan membeli serta peningkatan harga rumah mengatasi pendapatan isi rumah.

"Sejak 2012, bekalan rumah baru semakin berkurangan berbanding pertambahan permintaan oleh isi rumah," kata Bank Negara.

Sepanjang tahun berkenaan hingga suku pertama 2017, hanya 24 peratus daripada pelancaran baru dijual pada harga RM250,000 atau kurang, dan hanya 35 peratus isi rumah Malaysia yang mampu memilikinya.

Buletin itu juga menyebut sejak 2007 hingga 2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus manakala pendapatan isi rumah hanya meningkat 8.3 peratus.

Kedudukan yang tidak seimbang itu paling ketara dari 2012 hingga 2014, apabila pertumbuhan harga rumah (26.5 peratus) meningkat lebih sekali ganda daripada tahap pertumbuhan pendapatan (12.4 peratus).

Susulan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan itu, Bank Negara berkata tahap jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia mencatat paras tertinggi dalam tempoh sedekad, dengan 146,497 unit pada suku kedua (Q2) 2017, berbanding 130,690 unit pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Pada suku kedua 2017, hampir 82 peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM250,000.

Bank pusat itu juga berkata pembiayaan terus disediakan untuk pembelian rumah bagi peminjam yang layak, dengan lebih daripada 70 peratus pinjaman perumahan diberikan kepada pembeli kali pertama dan hampir dua pertiga daripada pinjaman perumahan baru disalurkan kepada pembelian rumah berharga kurang daripada RM500,000.

Bagi penawaran, faktor struktur dan kitaran dalam pasaran perumahan di Malaysia mengakibatkan kegagalan pasaran menyediakan bekalan perumahan mampu milik yang mencukupi kepada orang ramai, manakala dari segi permintaan, pertumbuhan pendapatan isi rumah tidak sepadan dengan kenaikan harga rumah.

"Keadaan celik kewangan yang rendah dalam kalangan majoriti isi rumah Malaysia dan keutamaan budaya ke arah pemilikan rumah berbanding menyewa, turut menyumbang kepada permintaan tinggi untuk pembelian rumah," katanya.

Bernama

Ada minyak, Tiada angin

$
0
0
BANYAK perkara yang boleh menimbulkan stress ketika memandu. Jalan raya sesak setiap kali musim perayaan, sikap pemandu yang tergopoh-gapah dan memotong di laluan kecemasan adalah sebahagian daripadanya.

Pengalaman seperti ini se­ring mematikan keterujaan kita untuk memandu menuju ke destinasi. Namun sedar atau tidak, faktor tidak selesa ini kadang-kala bermula lebih awal sebelum kita memulakan perjalanan.

Antara masalah yang kerap dihadapi pemandu adalah kegagalan stesen minyak menyediakan kemudahan pam angin yang berfungsi dengan baik.

Lebih mengecewakan, terdapat segelintir pengusaha stesen minyak yang tidak pernah membaik pulih pam angin yang rosak selama berbulan-bulan dan seolah-olah wujud sekadar hiasan.

Dengan peningkatan kira-kira satu juta kenderaan pada setiap tahun, penulis pasti keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pemandu di negara.

Apatah lagi dalam kala­ngan pengusaha-pe­ngusaha stesen minyak yang beranggapan perkara ini sesuatu yang remeh dan tidak pernah terbayang kehampaan pemandu ketika hendak mengisi angin atau lebih perit lagi ketika tayar pancit.

Penulis rasa sudah sampai masanya pemilik stesen mi­nyak di negara ini sedar bahawa stesen mi­nyak pada zaman ini bukan lagi sekadar persinggahan untuk pelanggan mengisi petrol dan diesel tetapi perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang diselanggara dengan baik.

Jika mampu sediakan sekali ruang-ruang rehat yang bersih dan selesa untuk pelanggan beristirehat seketika dan menyegarkan diri sebelum me­nyambung semula perjalanan.

Selain pam angin dan paip air yang tidak berfungsi, kemudahan seperti tandas juga sering diabaikan tahap kebersihannya. Tidak hairan jika permukaan lantai yang kotor dan dinding tandas yang berconteng masih sinonim de­ngan tandas stesen minyak.

Hal ini menimbulkan persoalan apakah syarat pematuhan yang dikenakan kepada pengusaha stesen minyak di negara ini untuk beroperasi. Jika tiada, sudah tiba masa­nya untuk kerajaan atau badan yang berkaitan mengetatkannya.

Pengusaha stesen minyak tidak boleh mengaut keuntungan semata-mata tanpa menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat kerana pengguna mempunyai kuasa memilih stesen minyak pilihan mereka.

Namun tidak dinafikan, ada pengusaha dan syarikat bahan api yang berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Jaminan tandas yang bersih, pemberian cendera hati walaupun sekadar sekotak tisu dan sebotol air minuman seperti yang dilakukan oleh sesetengah syarikat stesen minyak adalah antara langkah yang patut dicontohi.

Gaji Rakyat Memang Rendah

$
0
0
Memperkatakan tentang kos sara hidup. Apakah semua orang sudah dapat menyerap segala masalah itu dalam kehidupan masing-masing? Atau, terima sahaja dugaan yang mendatang.

Sebab itu mungkin kalau ditinjau di restoran makanan se­gera, atau ke gerai makan – jarang yang lengang. Tiba masa tertentu, penuh sesak.


Mahu tak mahu, walaupun bergaji kecil atau rendah, perut tetap perlu diisi.

Bukan auta tapi kenyataan – rakyat Malaysia ramai yang ber­pendapatan rendah. Tapi dengan promosi itu ini dan pe­ngaruh ajakan rakan, ramai juga orang Malaysia yang mampu melancong ke luar negara. Ada pula duit untuk ‘berparawisata’.

Serba salah dan keliru dibuatnya. Adakah rakyat Malaysia sememangnya boros dalam berbelanja atau hakikatnya gaji rakyat kita sememangnya rendah.

Bayangkan jika seorang itu berpendapatan RM5,000 sebulan, setelah ditolak bayaran ansuran rumah, ansuran kereta, minyak kereta/motosikal, perbelanjaan bulanan persekolahan anak, bayaran letak kereta dan tol, barang dapur, bil telefon, elektrik dan air, perkhidmatan itu dan ini, berapa yang tinggal?

Dengan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan, pastinya gaji yang dibawa pulang belum tentu mampu untuk dibuat tabungan. Sebab tumpuan lebih banyak diberi untuk memenuhi tuntutan perbelanjaan harian.

Peningkatan kos hidup berbanding pendapatan isi rumah yang masih rendah itu sedikit sebanyak memaksa sesetengah rakyat kita berhutang. Tempoh bayaran balik hutang tersebut ada yang berjangka masa tiga, lima, tujuh, sembilan malah hingga 35 tahun.

Agak pelik juga tabiat segelintir masyarakat kita, selagi ada peruntukan kenaikan gaji tahunan, bagai ada jaminan untuk mereka ‘tutup lubang, gali lubang.’ Belum habis hutang lama, ditambah dengan hu­tang baharu. Jangan hina dan salahkan go­longan ini. Ada sebabnya!

Bayangkan indi­vidu yang bergaji bawah RM3,000-RM5,000 sebulan, bu­kan jaminan me­­­reka hidup se­le­sa dan boleh meng­hadapi pe­ning­ka­­tan kos hidup tanpa berhutang. Hal ini adalah ha­kikat kerana saya per­nah melaluinya. Jauh sekali untuk membuat simpanan.

Sebab itu, para majikan swasta dan kerajaan harus mencari formula bagaimana membantu rakyat yang ber­pen­dapatan ‘cukup makan’ itu untuk meningkatkan pen­da­patan mereka ke paras yang sepatutnya. Banyak golongan pertengahan yang dilihat kurang mendapat perhatian, sedangkan jumlah mereka ramai.

Harapan ini patut direalisa­si­kan kerana kerajaan sendiri se­tiap tahun melaungkan im­pian untuk men­jadikan Malaysia negara berpendapatan ting­gi.

Kalau pendapatan rak­yat tidak ditingkatkan, jangan kita harap rakyat ter­u­tama ma­joriti bu­miputera di negara ini mampu mem­beli rumah yang dika­te­gorikan harga mampu milik itu.

Pendapatan tinggi
Jangan guna alasan rak­yat perlu lakukan le­bih daripada satu kerja un­tuk meraih pen­da­patan tinggi. Tidak akan selesai juga masalah pemilikan ru­mah sebab harga rumah su­dah di luar kawalan. Dulu kerajaan ada cara me­nga­walnya tetapi kini di­­biar pada pasaran yang menentukannya.

Gaji rendah, kos sara hi­dup yang tinggi dan berhutang tidak dinafikan saling ada hubung kaitnya. Bukan sedikit golongan mu­da yang terjebak de­ngan skim cepat kaya dan Multi Level Marketing (MLM) ekoran tekanan ke­wangan. Ada yang berjaya tetapi banyak yang kecundang dan kecewa.

Masalah tekanan atau desakan hidup akibat gaji rendah ini barangkali antara salah satu punca yang mendorong berla­kunya rasuah.

Kita mohon kepada pemimpin kerajaan dan majikan swasta supaya keluarkan negara ini daripada persimpangan dan perangkap negara berpendapatan sederhana. Kita mahu status negara berpendapatan tinggi.

Jangan biarkan golongan berkelulusan SPM dan ke bawah terus dibayar kadar upah yang rendah. Sektor swasta kena bersedia untuk melabur dalam produktiviti dan latihan pekerja tempatan daripada hanya fikirkan keuntungan.

Slogan guna tenaga berkemahiran dan berteknologi tinggi supaya rakyat mendapat gaji tinggi jangan tinggal catatan dalam berita yang disimpan di dalam arkib.

Apa yang berlaku sejak dua dekad lalu ialah trend komunti peniaga dilayan dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing, terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang gajinya lebih mahal.

Mitos bahawa orang tempatan memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun rakyat tempatan bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya gajinya berpatutan.

Buktinya, lihatlah begitu ramai rakyat kita sanggup bekerja di Singapura. Walaupun menjadi buruh, mereka sanggup lakukan kerana bayaran yang diterima di negara itu berbaloi berbanding apa yang diterima di Malaysia.

Kerap kita dengar ucapan pemimpin bahawa konsep negara maju kita perlu berteraskan kepada modal insan yang menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan. Hal ini sudah berlangsung, tinggal kadar upah yang masih di takuk lama.

Kalau kita mahu bertaraf negara maju, rakyat pun mahu diberi gaji yang setimpal sama ada pekerja sektor awam atau swasta.

Kini gaji sektor awam dilihat bertambah baik dan lebih menarik berbanding de­ngan sektor swas­ta. Para majikan swasta perlu ambil perhatian, jagalah hati pekerja anda yang belum tentu terjamin pe­kerjaannya.

Oleh : Azman Anuar

Kelemahan B. Melayu Jejas Identiti Nasional

$
0
0
Kelemahan murid sekolah vernakular khususnya di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dalam menguasai bahasa Melayu boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat bersatu padu dan beridentiti nasional.

Felo Utama, Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, jelas dilihat ketika ini, bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular hanya diajar dan dipelajari untuk satu mata pelajaran sahaja dan tidak lebih daripada itu sedangkan bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai pengantar utama sistem pendidikan negara.

Keadaan ini jelasnya, telah melahirkan lepasan murid di SJKC yang hanya fasih dalam satu bahasa sahaja iaitu bahasa Mandarin. Lebih memburukkan ke­adaan, pelajar-pelajar ini ha­nya bergaul sesama mereka dan kurang atau tidak langsung bercampur dengan kaum lain.

“Apabila hanya bahasa Mandarin sahaja dikuasai, kelompok pelajar ini hanya akan membaca akhbar berbahasa Cina serta menonton rancangan berbahasa Cina yang diimport dari luar negara seperti China, Hong Kong dan Taiwan. Hal ini diakui sendiri oleh banyak pemimpin masyarakat dan ahli politik Cina di negara ini.

“Sudah tentu sifat begini tidak membantu aspirasi nasional khususnya dalam usaha kita untuk membentuk negara bangsa melalui teras pendidikan. Dalam keadaan ini, tentulah sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dilihat perlu dijadikan satu-satunya medan untuk memupuk rakyat menjadi sebuah komuniti yang bukan sahaja bersatu padu tetapi mendukung serta mempamerkan identiti nasional yang serupa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi ahli panel dalam Siri Wacana Cendekiawan Institut Alam Tamadun Melayu (ATMA) bertajuk Konflik Antara Keperluan dan Kemahuan: Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Vernakular Dalam Pemba­ngunan Negara Bangsa Di Alam Me­layu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, dekat sini hari ini.

Turut menjadi ahli panel dalam wacana tersebut ialah Pe­nyandang Kursi Pengajian Melayu, Kementerian Pendidikan Tinggi di Beijing Foreign Studies University, Prof. Datuk. Dr. Awang Sariyan dan tokoh pendidikan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron.

Sehubungan itu juga, tambah Kok Seong, pembentukan sekolah satu aliran dilihat sebagai satu idea dan cara terbaik bagi membentuk identiti nasional kerana di situ semangat kebangsaan dan perkongsian budaya yang sama dapat dipupuk dengan sempurna.

“Kita perlu mempunyai model baharu persekolahan, tiga jenis sekolah sekarang iaitu, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama perlu digabung dan distruktur semula untuk dijadikan satu jenis persekolahan sahaja iaitu dalam bentuk sekolah satu aliran.

“Sekolah ini akan mempu­nyai tiga komponen utama iaitu akademik, etnik dan bahasa-bahasa ibunda ma­sing-masing serta keagamaan. Ini gagasan besar yang boleh kita teliti dan bahas, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju oleh itu perbincangan sela­njutnya mengenai idea ini perlu sentiasa dilakukan,” katanya.

Katanya lagi, sudah kerap kali perbincangan mengenai idea pembentukan sekolah satu aliran diadakan sebelum ini namun ba­nyak tumpuan diberikan bagi cadangan untuk menutup sekolah-sekolah vernakular sedia ada.

“Kita tidak mahu perbinca­ngan selepas ini memberi fokus untuk menutup sekolah-sekolah vernakular kerana hal itu tidak mungkin akan terjadi dan ba­nyak pihak pasti akan membantah malah lebih buruk boleh menimbulkan situasi konflik dalam negara,” katanya.

Sementara itu, menurut Awang, bahasa Melayu adalah milik setiap rakyat dalam negara ini bukan sahaja kepada orang Melayu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk memperkasakannya terutama da­lam bidang pendidikan.

“Menutup semua sekolah vernakular yang ada dalam situa­si semasa mustahil untuk dilaksanakan, oleh itu satu ikhtiar perlu dilakukan oleh kerajaan sekurang-kurangnya dengan memastikan peratus penggunaan bahasa Melayu dalam sesi pengajaran di sekolah vernakular dapat ditingkatkan.

“Sekiranya sekolah jenis kebangsaan berterusan menggunakan bahasa ibunda masing-ma­sing, isu ini akan terus menjadi duri dalam daging ke arah pembentukan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.

Kerana DBP 'sudah mati'

$
0
0
Sastera, seni dan budaya sebenarnya memainkan peranan yang teramat penting sebagai pemangkin kesedaran masyarakat untuk membina sesebuah negara bangsa.

Sastera adalah contoh wadah yang nyata memainkan peranan membangunkan kesedaran khalayak dan sejak dulu mampu membangkitkan semangat nasionalisme.

Tanah tercinta ini suatu masa dulu mempunyai barisan pejuang watan seperti Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, A Samad Ismail, Wijaya Mala, Ahmad Boestamam dan ramai lagi yang menjadikan penulisan sebagai pencerah minda masyarakat supaya mengorak perubahan.

Sejak pada zaman prakemerdekaan mereka membaja semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat. Sesetengahnya menggerakkan Angkatan Sasterawan '50 (ASAS 50) yang menjadikan slogan "Seni Untuk Masyarakat" sebagai kata keramat bagi meneruskan derap langkah perjuangan khalayak.

Tiada kesan pada bangsa
Namun kesan daripada sistem usang yang dibawa pemerintahan Umno sekian lama - dan lebih tampak pada hari ini - masyarakat diasuh untuk mencorak akademik berdasarkan ranking dan bukannya menatang nilai keilmuan.

Justeru peranan sastera serta budaya pun mati.

Masyarakat dipaksa atau diasuh mengejar kedudukan akademik bagi menggapai kedudukan sehingga menyebabkan sistem pendidikan kita memenjarakan pemikiran dan menghasilkan terlalu ramai robot.

Ya, ramai golongan akademia bukanlah bererti ramainya golongan pemikir. Akhirnya sistem sedia ada terbukti mencipta kelompok yang mewujudkan pemikiran kelas tanpa kita sedar.

Perlu disedari keilmuan dan akademik adalah dua perkara yang berbeza.

Tiada guna jika terlalu ramai orang memiliki PhD namun kajian yang dilakukan bagi memperoleh ijazah itu tidak membawa kesan kepada pembangunan nusa dan bangsa.

Buruan memperoleh gelaran doktor falsafah itu dibuat untuk kelangsungan hidup semata-mata dan bukannya melahirkan lebih ramai insan seperti mereka.

Jurnal-jurnal yang dihasilkan sepatutnya membawa kepada anjakan minda, bukan setaraf zine.

Malah apabila sarjana terlalu lama berkubang di menara gading mungkin ada antara mereka lupa akan dataran dan lembah gersang yang dahagakan ilmuan sejati.

Teringat bait-bait sajak Widji Thukul:

"Apa guna baca banyak buku
kalau mulut kau bungkam melulu!?"


Saya yakin, hilangnya peranan sastera dan budaya dalam mencorak pemikiran masyarakat menyumbang kepada keruntuhan sistem, khususnya pendidikan. Justeru wujudlah suatu sistem seumpama jasad tanpa roh! Itulah sistem yang ada pada kita hari ini.

Kritik sistem curang
Saya yakin masalah meruncing dalam sistem di tanah pusaka kita ini berlaku apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah 'mati'.

Dulu nama-nama yang saya sebutkan di atas menjadi susuk pemikir dan pejuang tanah air dan menjadi tunjang kepada DBP.

Di DBP suatu masa dulu pernah menjadi sarang kepada para nasionalis untuk menterjemah buah fikiran mereka buat membangun pemikiran masyarakat dalam acuan budaya Malaysia.

Namun hari ini DBP telah lumpuh. Masyarakat lebih mengenal DBP hanya sebagai 'kamus'.

Sedangkan peranan DBP itu besar iaitu menjadi ejen pendesak melangkaui aspek bahasa semata-mata. Melalui persuratan, penulisan atau sastera DBP sepatutnya berfungsi sebagai medan kritik ke atas mana-mana sistem yang gagal atau curang.

'Terkuburnya' DBP menyebabkan estetika sastera dan budaya dalam acuan membangun negara bangsa telah lenyap.

Lihatlah karya-karya yang ada pada hari ini. Tepuk dada tanyalah jiwa. Adakah benar penulisan dan persuratan yang mudah digapai kini benar-benar mampu membangun jiwa anak bangsa?

Lihat pula jiran kita, Indonesia. Legasi keilmuan melalui peranan kesusasteraan mereka meresap dari generasi ke generasi! Chairil Anwar nyata "hidup seribu tahun" dalam jelmaan yang pelbagai.

Susuk seperti Ayu Utami seorang yang turut mengarang kisah cinta yang sekali imbas mungkin kelihatan seperti kebanyakan penulis di Malaysia, namun ceritanya sering mendidik dan memperjuangkan soal feminisme.

Karyanya bertindak sebagai kritik sosial masyarakat dan yang paling penting senantiasa menzahirkan kecintaan terhadap negara.

3 Alasan Wanita Menolak Untuk Bercinta

$
0
0
Ternyata tidak hanya kerana alasan keletihan fisik yang membuat kaum hawa sering menolak pasangannya ketika hendak berhubungan intim. Ada beberapa hal lain yang tidak disedari kaum adam saat pasangannya menolak ketika diajak bercinta.

Nah agar adegan persetubuhan terasa kian bergelora, kaum adam harus mengetahui alasan kenapa pasangan menolak “bertempur” di atas ranjang.

Ada beberapa alasan yang membuat kaum hawa menolak pasangannya untuk bercinta, antara lain:

Marah kepada anda
Secara amnya wanita mempunyai perasaan yang sensitif dan halus, tetapi kadang-kadang lelaki tidak memahami keadaannya. Jadi tidak boleh membuat acara bercinta di atas ranjang terasa luar biasa. Bahkan kerana keadaan itu membuat mereka marah dan menolak saat diajak untuk berhubungan intim.

Bosan dengan "permainan" itu sahaja
Hubungan seksual yang sudah menjadi rutin hingga terasa membosankan dapat menimpa anda dan pasangan. Kebosanan yang mengelilingi dirinya sendiri umumnya dialami oleh ramai wanita. Bosan dengan hubungan intim yang sama-itulah sebabnya wanita menolak atau menghentikan "permainan" ketika di tengah jalan. Saat keadaan tersebut dihadapi, maka diperlukan kepekaan anda dan pasangan untuk menghangatkan kembali ghairah seksual.

Untuk mengatasi masalah yang satu ini, komunikasi merupakan cara yang tepat dan mujarab.

Dia tidak suka cumbuan yang diberikan
Cumbuan adalah pembuka manis sebelum menuju persetubuhan. Apabila memasuki tahap ini, lelaki perlu memikat pasangan mereka untuk menjadi lebih bersemangat. Jika cumbuan diberikan kurang lembut dan bersemangat, dijamin dia tidak akan bersetuju meneruskan "permainan" ke peringkat seterusnya. Oleh itu, anda patut memperlakukannya dengan sebaik mungkin.

Anonymous

Ciri-Ciri Pencandu Seks

$
0
0
Ketagihan terhadap seks berbeza dengan kegemaran menikmati hubungan seksual. Ketagihan seks biasanya tidak melibatkan keintiman. Para penagih biasanya menggunakan sebahagian besar waktunya hingga di luar batas dan kawalannya untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan aktiviti seksual.

Oleh kerana itulah mereka memerlukan rawatan. Nah, apa tanda-tandanya seseorang mengalami ketagihan seks (sex addiction)? Berikut ini empat perkara yang boleh dijadikan penanda aras untuk memeriksa sama ada seseorang adalah penagih seks....

1. Obsesi.
Penagih seks biasanya waktunya banyak dihabiskan untuk memikirkan aktiviti seksual. Bukan bermakna dia cuma boleh memikirkan seks sahaja. Namun, penagih seks biasanya tidak boleh fokus pada hal lain. Mereka taksub pada sesuatu yang tertuju pada kegiatan seks mereka. Apa yang akan mereka lakukan selanjutnya, kapan itu akan terjadi, bagaimana mereka akan menyembunyikan itu, dan sebagainya.

2. Dorongan kuat
Mereka biasanya tidak berdaya untuk membendung dorongan untuk melakukan aktiviti seksual. Mereka tidak punya kawalan atas keinginan itu. Walaupun mereka ingin menghentikan penyakit ini, namun tetapi tidak boleh.

3. Mereka bertolak ansur dengan perbuatannya
Seperti halnya penghidap penyakit ketagihan lain, seperti alkohol, sebagai contoh, pesakit ketagihan seks biasanya cuma butuh kadar yang sedikit untuk dapat merasakan kesannya. Lama-kelamaan, ia memerlukan lebih dan lebih. Mula-mula mungkin cuma mengkoleksi majalah Playboy, lalu lama-kelamaan mencari gambar porno di internet setelah sang isteri tidur. Lama-kelamaan, lebih berani lagi, misalnya melakukan masturbasi di dalam kereta. Dan bila diturutkan, itu tak pernah berhenti dan akan terus berekskalasi.

4. Meneruskan kebiasaan, walau tahu akibatnya

Seorang penagih seks akan terus berkelakuan demikian meski tahu akibatnya. Bahkan jika sang isteri mengancam untuk meninggalkannya, bos mengancam akan memecatnya, atau bahkan bila mereka ditangkap kerana ketahuan berkelakuan tidak senonoh di muka umum. Mereka terus saja menuruti hasrat seksualnya tidak peduli berapa besar harga yang perlu mereka bayar.

Anonymous

Curang....

$
0
0
Fantasi Individu Lain Ketika Hubungan Kelamin Punca Lahirkan Bayi ‘Gay’
SEORANG imam kontroversi dari Uzbekistan mendakwa homoseksualiti adalah 'penyakit yang membimbangkan masyarakat dunia' dan memberikan nasihat tentang kaedah pasangan mengelak daripada melahirkan anak yang meminati kaum sejenis.

Ketua Imam di Masjid Tashkent Mirzo Yusuf, Rahmatulloh Saifutdinov memberitahu para jemaah, fantasi tentang seseorang selain pasangan sendiri ketika melakukan hubungan kelamin boleh menyebabkan wanita melahirkan anak homoseksual.

Beliau berkata begitu ketika menyampaikan khutbah Jumaat pada 2 Mac lalu.

Kata Saifutdinov, segelintir wanita Uzbekistan berfantasi tentang lelaki tampan ketika melakukan hubungan kelamin bersama suami mereka.

"Sebagai contoh, para wanita berfantasi tentang pelakon opera Turki yang tampan.

"Terdapat banyak posting di laman sosial oleh wanita yang sudah berkahwin.

"Ia seperti tiga orang sedang melakukan hubungan kelamin," kata beliau.

Saifutdinov turut mengecam perbuatan para lelaki yang mempunyai fantasi intim terhadap wanita lain.

"Lelaki juga sama, tidak dibenarkan untuk memikirkan wanita cantik lain ketika meniduri isteri mereka kerana ini boleh menyebabkan kelahiran anak menjadi lesbian," ujar imam tersebut.

Bagaimanapun, imam itu tidak menyokong dakwaannya dengan bukti sainstifik dan enggan memberikan komen lanjut ketika dihubungi oleh Radio Free Europe/ Radio Liberty.

Gambaran ‘Manusia Yang Lupa’

$
0
0
MAKANAN adalah rezeki, namun apabila disia-siakan maka terjadilah pelbagai masalah yang memberi kesan kepada kehidupan manusia sendiri. 

Pembaziran makanan bukan suatu masalah biasa tetapi kini telah mencapai tahap krisis. Krisis bermaksud bahawa pembaziran makanan yang berlaku kini telah sampai ke tahap berbahaya dan bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada keseluruhan masyarakat.

Buktinya, lambakan sisa makanan bukan sahaja menimbulkan masalah dari sudut kebersihan dan kesihatan tetapi turut memberi kesan kepada perubahan iklim. Jumlah sisa makanan yang terlalu banyak di tapak pelupusan menghasilkan jumlah gas metana yang tinggi.

Gas metana ini pula adalah antara gas rumah hijau yang menyerap radiasi infra merah dan memanaskan bumi. Keadaan ini akhirnya menyebabkan pemanasan global serta perubahan iklim dan akhirnya memberi kesan kepada manusia.

Krisis sisa makanan ini ternyata berkait rapat dengan amalan pembaziran makanan dalam masyarakat. Di seluruh dunia, 25 peratus makanan dibazirkan dan 50 peratus daripada sisa ini dihasilkan oleh isi rumah.

Di Malaysia, menurut SWCorp, agensi yang menguruskan sisa pepejal di Malaysia, pada 2015, rakyat negara ini menghasilkan sebanyak 15,000 tan sisa makanan. Daripada jumlah ini, sebanyak 8,000 tan makanan telah dibazirkan.

Keadaan menjadi lebih tidak terkawal di musim perayaan apabila penghasilan sisa makanan meningkat antara 15 hingga 20 peratus. Nyatalah bahawa pembaziran makanan bagai sudah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia.

Bagi orang Muslim, Islam mengajar bahawa pembaziran adalah amalan syaitan. Ini dibuktikan dalam ayat 27, surah al-Israa’ yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang ­melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sa­ngat kufur kepada Tuhannya.”

Amalan membazir makanan dalam kalangan masyarakat adalah bayangan kepada sikap kerakusan manusia yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam Islam.

Dalam makalah bertajuk Pendekatan Baru terhadap Konsep Optimum kini dan beberapa Konsep Optimum baru, (diterbitkan dalam Jurnal Kesturi, 16 (1&2), halaman 64-104), terdapat beberapa gelaran khusus tentang golongan rakus ini iaitu al-Musrifun (pemboros), al-Mu’tadin (orang yang melampaui batas) dan al-Mubazzirin (pemboros). Hal ini boleh dirujuk dalam surah al-A’raf (7:31), surah al-Baqarah (2:190) dan surah al-Isra’ (17:27).

Gelaran-gelaran yang disebutkan ini seharusnya memberikan kita keazaman untuk mengelak daripada menjadi sebahagian daripada golongan tersebut kerana hakikatnya, sikap golongan ini adalah contoh sikap orang yang tidak tahu bersyukur terhadap nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT.

Isu pembaziran makanan ini sebenarnya menjadi petanda kepada manusia yang lupa tentang banyak perkara antaranya lupa terhadap tuntutan agama. Islam menyarankan kita bersederhana dalam banyak perkara termasuklah dalam hal pengambilan makanan.

Dalam hadis Rasulullah SAW, disebutkan bahawa: “Orang kafir makan dalam tujuh usus sedang orang mukmin makan dalam satu usus.” (Riwayat Tirmidzi). Ini de­ngan jelas menunjukkan bahawa seorang Muslim tidak perlu terlalu beria dalam hal memenuhkan perut sendiri.

Selain itu, ramai juga dalam kalangan kita lupa bahawa terdapatnya hak orang lain dalam makanan yang kita miliki itu. Samalah juga halnya dengan harta bahawa adanya hak orang lain dalam harta tersebut.

Atas sebab inilah, kita dituntut untuk membayar zakat dan bersedekah. Dengan itu, jika seseorang Muslim memiliki makanan yang berlebihan, maka amat baik jika makanan tersebut boleh dikongsi bersama orang lain yang lebih memerlukan.

Ini juga membawa kita kepada hakikat bahawa begitu ramai orang yang tidak mampu memiliki makanan atau tidak mendapat makanan yang berkhasiat. Berdasarkan data yang disebutkan di awal tadi, 8,000 tan makanan yang dibazirkan oleh rakyat Malaysia sebenarnya adalah makanan yang boleh diberikan kepada tujuh juta orang di seluruh dunia.

Laporan bertajuk Kemiskinan Kanak-kanak Bandar oleh UNICEF Malaysia (terbitan Februari 2018) menunjukkan bahawa seorang daripada 10 kanak-kanak menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari, manakala satu daripada dua isi rumah melaporkan bahawa mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Lihatlah, dari satu sudut, makanan dibazirkan begitu sahaja tetapi di sudut lain, terdapat segolongan ‘saudara’ kita yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat makanan secukupnya mahupun menyediakan makanan berkhasiat untuk diri dan ahli keluarga sendiri. Jadi, kenapakah kita masih membazir makanan? Sebagai Muslim, kita seharusnya malu apabila makanan dibazirkan sedangkan ada saudara atau insan lain yang tidur dalam kelaparan.

Perancangan amat penting dan ini melibatkan merancang apa yang hendak dimasak, dimakan serta dibeli. Ja­ngan terlalu beria-ia menyediakan makanan dan akhirnya makanan itu akan dibuang begitu sahaja. Jadilah Muslim yang kreatif apabila bukan sahaja mampu menyediakan makanan yang cukup tetapi berkebolehan juga mengubah lebihan makanan menjadi satu bentuk makanan lain.

Akhir sekali, ingatlah pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang makan makanan lalu suapannya jatuh, maka hendaklah ia menghilangkan apa yang meragukan, kemudian hendaklah ia memakannya dan tidak boleh membiarkan untuk syaitan.” (Riwayat Tirmidzi). Dalam hal ini, jika makanan yang jatuh masih boleh dimakan dengan syarat makanan itu masih bersih, jadi me­ ngapakah kita perlu membuang makanan yang kita miliki?

Adakah Anda Mengenal Pasangan Anda Dengan Baik?

$
0
0
PERTENGKARAN atau salah faham adalah bahagian dalam sebuah perhubungan, namun mungkin penting untuk perhatian bahawa sebahagian dari rintangan itu menunjukkan bagaimana anda dapat menghadapinya. Jika anda akan melalui masa sukar dalam hubungan anda, cubalah kenali pasangan anda secara mendalam.

Hal ini bertujuan untuk memahami pasangan masing-masing dengan cara mengetahui sama ada anda benar-benar mengenalinya. Ada beberapa perkara yang harus anda ketahui dalam hal tersebut, seperti yang tercatat dibawah ini.

Komunikasi
Tanyakan satu sama lain sekitar 10 atau 20 soalan untuk mengetahui seberapa banyak anda berdua saling tahu. Tidak selamanya soalan penting yang relevan, cukup dengan soalan kecil yang mengingatkan anda berdua terhadap kenangan saat bersama-sama.

Ingat Kenangan Indah Masa Lalu
Seringkali, anda bersama pasangan hidup berasingan kerana masalah waktu. Anda mungkin tahu buku kegemaran pasangan anda di perguruan tinggi, tapi di umur 40 tahun, mungkin semua itu akan berubah. Untuk mengingatkan kenangan bersama dengan pasangan, usahakan untuk mengingat atau jika perlu menulisnya dalam sebuah catatan kecil untuk mengingatkan kesukaan pasangan masing-masing.

Saling Percaya
Pertanyaan anda juga harus menunjukkan berapa banyak rahsia yang anda ketahui satu sama lain. Misalnya, adakah anda tahu pasangan anda mempunyai banyak akaun bank? Atau lebih baik lagi, adakah anda tahu nombor pin ATM pasangan anda? Ini akan memberitahu anda berapa banyak anda saling percaya. Dengan mengetahui peribadi pasangan dengan baik dan detail, akan mengurangkan rasa salah faham dan kebimbangan yang tidak berasas. Mempunyai hubungan yang harmoni adalah impian semua pasangan.

Anonymous

Tandas ‘cermin’ kita

$
0
0
PADA Januari 2013, Utusan Malaysia membuat tinjauan kebersihan tandas di beberapa masjid di Kuala Lumpur. Kesimpulannya, menggelikan. Begitulah keadaan yang dapat digambarkan situasi sesetengah persekitaran tandas masjid dan surau yang terdapat di negara ini.

Bukan sahaja di kawasan perkampungan dan pedalaman, kawasan bilik air dan tempat wuduk di rumah Allah SWT itu dilihat kurang diselenggara dengan baik walaupun di lokasi tumpuan orang ramai.

Kini sudah 2018. Rasanya senario tersebut masih tidak banyak berubah. Hinggakan ramai yang lebih rela menahan sakit perut untuk mencari hentian Rehat dan Rawat atau tandas di stesen minyak daripada melepaskan hajat di tandas masjid dan surau.

Perkara yang dilihat semakin kurang diambil perhatian itu turut menjejaskan identiti dan imej Islam kepada orang bukan Islam.

Entah di mana silapnya. Walhal kita maklum pen­tingnya menjaga kebersihan. Sejak kecil kita sudah diajar tentang bersuci dalam bab fikah. Menjaga kebersihan juga bertepatan mentaati perintah Allah SWT.

Allah tidak menyukai sesuatu yang kotor ataupun najis. Sebab itu, kita disuruh bersuci sebelum solat dan membaca al-Quran. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu. (Riwayat Tirmidzi)

Bagaimanapun, meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada siak masjid juga tidak adil. Sering berlaku tandas dibersihkan waktu pagi tetapi petangnya kotor lagi. Pintu yang paginya dalam keadaan baik, sebelah petangnya sudah pecah atau selaknya hilang. Pendek kata, kini vandalisme tidak kenal tempat. Masjid dan surau turut jadi mangsa.

Namun, kesimpulan mudah yang dapat dibuat terhadap sesuatu agama adalah berdasarkan rumah ibadat mereka. Ini kerana, secara umumnya segala penilaian dapat dibuat dan menggambarkan penganut agama tersebut dengan melihat rumah ibadat mereka.

Naluri manusia sukakan yang bersih. Tandas walaupun tempat membuang benda kotor tetapi kita tidak tergamak menggunakan tandas yang busuk, lantainya berlumut, tersumbat dan kotor.

Kita mempunyai masjid yang infrastrukturnya bertaraf lima bintang tetapi tandasnya tidak terjaga. Ia mengingatkan kita kepada kenyataan ulama besar Islam, Syeikh Muhamad Abduh. Sekembalinya daripada melawat Eropah, beliau berkata: “Aku pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tidak berjumpa Muslim; aku pulang ke Timur berjumpa ramai Muslim, tetapi tidak melihat Islam”.

Memang kita patut malu dengan orang Jepun, Korea dan mereka yang tinggal di London misalnya. Bukan sahaja tandas awam mereka bersih tetapi dalam banyak hal lain pun mereka lebih ‘Islam’ daripada kita. Mereka tidak buang sampah merata-rata, mereka tidak berebut-rebut menaiki bas atau kereta api laju malah mereka bercakap pun lebih sopan berbanding kita.

Kita tidak menafikan kehebatan Mesir sebagai pusat peradaban dunia sehingga negara itu digelar Ummu al-Dunia (ibu dunia). Di situ jugalah letaknya Universiti al-Azhar, pusat pengajian tinggi tertua di dunia - lahirnya gerakan tajdid Ikhwan Muslimin - yang tersebar seruan pembaharuan mereka ke seluruh dunia. Di situ juga ramai ulama. Di situlah syurga beli-belah buku agama dan dunia dengan harga yang murah.

Malangnya, di situ jugalah tempat yang sinonim de­ngan akhlak mazmumah. Kebersihan kurang dijaga. Ja­nganlah bersandar di dinding, kerana kebanyakannya telah ‘dijirus’ urin. Kalau dalam bab menipu, merekalah juaranya. Berapa ramai peniaga atau pelancong Malaysia yang ditipu.

Antara usaha yang diambil adalah penganjuran Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan setiap tahun mulai 2001. Tujuannya, sifar tandas kotor di Malaysia menjelang 2020, kurang dua tahun dari sekarang. Bagi mencapainya, semua pihak mesti peka dan bertanggungjawab. Jadikan tandas awam termasuk tandas masjid ibarat tandas di rumah sendiri.

Oleh : Mohd Radzi Mohd Zin
Viewing all 2032 articles
Browse latest View live